Content for id "master" Goes Here

Gambar Pegetua

PENGETUA SMK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bidang pendidikan berhadapan dengan cabaran masa depan yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Sejajar dengan visi sekolah untuk menjadikan pendidikan di SMK Jalan Empat sebagai sekolah yang terbilang di negeri Selangor, maka laman web sekolah ini diwujudkan agar dapat menjelaskan program-program pendidikan sehaluan dengan perkembangan ICT negara. TAHNIAH kepada semua warga SMK Jalan Empat yang telah sama-sama berusaha menghasilkan laman web sekolah ini.

Slogan Iltizam, Istiqamah, Doa, Tawakal di gerbang pintu masuk SMK Jalan Empat menjadi kata-kata pendorong dan peransang kepada warga sekolah untuk meletakbetulkan (reposition) dan merekaraya (reengeneer) sistem pendidikan kita supaya berkualiti dan berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri.

SMK Jalan Empat telah mencatat kejayaan dalam pelbagai bidang sejak penubuhannya pada tahun 2003. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan PMR 2005, 2006, dan 2007 telah membuktikan keupayaannya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang mampu membentuk dan memimpin pelajar yang bakal memberi sumbangan kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Dalam pada itu juga, kejayaan ini dirasai apabila SMK Jalan Empat telah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara 2007 (Kategori Luar Bandar) Peringkat Negeri Selangor. Justeru dalam perkembangan terkini pada tahun 2008 ini SMK Jalan Empat menerima Anugerah Sekolah Cemerlang 2008 (Kategori Luar Bandar) Peringkat Kebangsaan. Saya yakin kejayaan gemilang ini tidak dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kata sepakat oleh guruguru, staf sokongan, pelajar-pelajar, ibu bapa, PIBG dan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, saya berharap warga sekolah SMK Jalan Empat akan terus memberi komitmen yang tinggi kerana saya yakin guru-guru di sekolah ini merupakan guru-guru yang berhemah, berdedikasi, dan berwawasan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Begitu juga harapan saya kepada para pelajar agar tidak jemu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai wawasan diri, bangsa, dan negara. Harapan saya laman web ini dapat menjadi panduan, rujukan, dan informasi kepada semua dan seterusnya menjana pendidikan negara ke tahap globalisasi.






Kata Aluan Pengetua